SEJARAH PENUBUHAN

Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong merupakan suatu sistem proses pengurusan yang memberi tumpuan kepada penyediaan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan sumber. Dalam konteks ini Pusat Sumber sekolah ini menjadi entity subordinate yang bertindak sebagai pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan, sekaligus memperkasakan kualiti modal insan warga sekolah ini.

Bagi menjamin tanggungjawab teras ini dapat dilaksanakan, pihak pengurusan Pusat Sumber Sekolah berperanan secara aktif dalam mengurus sumber seperti guru-guru, kakitangan, pelajar, harta modal dan bahan-bahan maklumat dan teknologi melalui prosedur dan tindakan yang terancang. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang cekap dan sistematik dapat memberi impak perkhidmatan yang efektif kepada semua pengguna yang terdiri daripada pelajar, guru dan kakitangan termasuk lain-lain ‘stake holders’.

Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong bermula dengan sebuah bilik bacaan induk dan sebuah bilik APD sahaja. Bilik bacaan induk tersebut hanya berkeluasan dua buah bilik darjah dan mampu menampung seramai 80 orang pelajar. Sementara bilik APD pula hanya mempunyai keluasan sebuah bilik darjah dengan kapasiti 40 orang pelajar.

Bermula pada tahun 1994, PSS Induk mula beroperasi di bangunan baru. Sementara bilik APD, ABM, Galeri Seni, Klinik Matematik, bilik SAL dipindahkan tempat operasinya berhampiran PSS induk. Kini PSS induk dapat menampung 180 orang pelajar dalam satu-satu masa.

Pelbagai kemudahan untuk pemerolehan maklumat disediakan di PSS induk dan koridor-koridornya. Selain dari bahan cetak konvensional, PSS turut dilengkapi dengan kemudahan ICT. Untuk memudahkan pengurusan dan pengendaliannya, PSS induk dihubungkan dengan rangkaian computer secara ‘local area network’ ( LAN ) dengan koridor-koridornya. Dengan adanya kemudahan tersebut, capaian internet boleh dibuat di seluruh kawasan sekolah. Sementara itu, sistem pengautomasian pula telah diguna pakai di sekolah ini mulai tahun 2001.

Penyediaan kemudahan dan perkhidmatan yang berkesan telah menjadikan PSS Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong sebuah PSS yang cemerlang dan seterusnya menjadi “ bench mark” kepada sekolah-sekolah sekitarnya. PSS SMK Tendong sering menerima kunjungan pelawat-pelawat termasuklah Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia iaitu Dato’ Dr Abdul Shukor  bin Abdullah pada 17 November 1998 dan Dato’ Abdul Rafie Mahat pada 16 Jun 2002.

 PSS SMK Tendong bukan hanya terletak pada pengurusan yang mantap dan berkesan, malah turut didokong oleh kemudahan prasarana yang lengkap dan ceria serta suasana yang kondusif sebagai pemangkin iklim pembelajaran yang berkesan. Selain menerima peruntukan daripada kerajaan dan wang SUWA, kemudahan fizikal PSS turut dipertingkatkan melalui jaringan komuniti seperti ibu bapa, PIBG, JPP, KADA, syarikat-syarikat perniagaan dan pihak NGO. PSS juga turut menerima sumbangan daripada orang perseorangan, tokoh-tokoh koporat dan pemimpin-pemimpin masyarakat
Maka tidak hairanlah apabila PSS SMK Tendong telah muncul sebagai PSS terbaik dan telah banyak menerima anugerah dari tahun 2001 hingga 2005 melalui pertandingan yang disertai di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah antaranya:-
                                                                                    

Peringkat Kebangsaan – menyertai  dan mencapai kejayaan di peringkat kebangsaan antaranya termasuklah :-                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 - Tempat Ketiga Anugerah Khas PSS Cemerlang 2004
            - Tempat pertama Juara PSS Cemerlang Kategori Luar Bandar - 2006      

Peringkat Negeri – Menyertai dan mencapai kejayaan di peringkat negeri termasuklah :
            - Tempat Ketiga Juara PSS 2001
            - Tempat Pertama PSS Cemerlang – Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar 2002 dan                   2003
            - Tempat Pertama Sekolah Sebagai Koridor Raya Maklumat Peringkat Negeri 2002
            - Tempat Pertama Juara PSS 2004 dan 2005

Peringkat Daerah – Menyertai dan mencapai kejayaan dalam semua pertandingan Juara PSS
            - Tempat Pertama Juara PSS 2001 hingga 2008

No comments:

Post a Comment