Tuesday, 16 October 2012

PUSAT SUMBER SMK TENDONG


JAMUAN AKHIR TAHUN BALAI PUSTAKA ILMU SMK TENDONG






























 SEJARAH PENUBUHAN PSS
           
Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong merupakan suatu sistem proses pengurusan yang memberi tumpuan kepada penyediaan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan sumber. Dalam konteks ini Pusat Sumber sekolah ini menjadi entity subordinate yang bertindak sebagai pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan, sekaligus memperkasakan kualiti modal insan warga sekolah ini.

Bagi menjamin tanggungjawab teras ini dapat dilaksanakan, pihak pengurusan Pusat Sumber Sekolah berperanan secara aktif dalam mengurus sumber seperti guru-guru, kakitangan, pelajar, harta modal dan bahan-bahan maklumat dan teknologi melalui prosedur dan tindakan yang terancang. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang cekap dan sistematik dapat memberi impak perkhidmatan yang efektif kepada semua pengguna yang terdiri daripada pelajar, guru dan kakitangan termasuk lain-lain ‘stake holders’.

Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong bermula dengan sebuah bilik bacaan induk dan sebuah bilik APD sahaja. Bilik bacaan induk tersebut hanya berkeluasan dua buah bilik darjah dan mampu menampung seramai 80 orang pelajar. Sementara bilik APD pula hanya mempunyai keluasan sebuah bilik darjah dengan kapasiti 40 orang pelajar.

Bermula pada tahun 1994, PSS Induk mula beroperasi di bangunan baru. Sementara bilik APD, ABM, Galeri Seni, Klinik Matematik, bilik SAL dipindahkan tempat operasinya berhampiran PSS induk. Kini PSS induk dapat menampung 180 orang pelajar dalam satu-satu masa.

Pelbagai kemudahan untuk pemerolehan maklumat disediakan di PSS induk dan koridor-koridornya. Selain dari bahan cetak konvensional, PSS turut dilengkapi dengan kemudahan ICT. Untuk memudahkan pengurusan dan pengendaliannya, PSS induk dihubungkan dengan rangkaian computer secara ‘local area network’ ( LAN ) dengan koridor-koridornya. Dengan adanya kemudahan tersebut, capaian internet boleh dibuat di seluruh kawasan sekolah. Sementara itu, sistem pengautomasian pula telah diguna pakai di sekolah ini mulai tahun 2001.

Penyediaan kemudahan dan perkhidmatan yang berkesan telah menjadikan PSS Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong sebuah PSS yang cemerlang dan seterusnya menjadi “ bench mark” kepada sekolah-sekolah sekitarnya. PSS SMK Tendong sering menerima kunjungan pelawat-pelawat termasuklah Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia iaitu Dato’ Dr Abdul Shukor  bin Abdullah pada 17 November 1998 dan Dato’ Abdul Rafie Mahat pada 16 Jun 2002.

 PSS SMK Tendong bukan hanya terletak pada pengurusan yang mantap dan berkesan, malah turut didokong oleh kemudahan prasarana yang lengkap dan ceria serta suasana yang kondusif sebagai pemangkin iklim pembelajaran yang berkesan. Selain menerima peruntukan daripada kerajaan dan wang SUWA, kemudahan fizikal PSS turut dipertingkatkan melalui jaringan komuniti seperti ibu bapa, PIBG, JPP, KADA, syarikat-syarikat perniagaan dan pihak NGO. PSS juga turut menerima sumbangan daripada orang perseorangan, tokoh-tokoh koporat dan pemimpin-pemimpin masyarakat
Maka tidak hairanlah apabila PSS SMK Tendong telah muncul sebagai PSS terbaik dan telah banyak menerima anugerah dari tahun 2001 hingga 2005 melalui pertandingan yang disertai di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah antaranya:-
                                                                                    

Peringkat Kebangsaan – menyertai  dan mencapai kejayaan di peringkat kebangsaan antaranya termasuklah :-                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 - Tempat Ketiga Anugerah Khas PSS Cemerlang 2004
            - Tempat pertama Juara PSS Cemerlang Kategori Luar Bandar - 2006      

Peringkat Negeri – Menyertai dan mencapai kejayaan di peringkat negeri termasuklah :
            - Tempat Ketiga Juara PSS 2001
            - Tempat Pertama PSS Cemerlang – Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar 2002 dan                   2003
            - Tempat Pertama Sekolah Sebagai Koridor Raya Maklumat Peringkat Negeri 2002
            - Tempat Pertama Juara PSS 2004 dan 2005

Peringkat Daerah – Menyertai dan mencapai kejayaan dalam semua pertandingan Juara PSS
            - Tempat Pertama Juara PSS 2001 hingga 2008








  





 MISI SEKOLAH

MENGGUNA SUMBER YANG ADA SECARA MAKSIMUN MELALUI PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN BERKESAN UNTUK MENJANA PENCAPAIAN TERBAIK DALAM KURIKULUM DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN DARI SEGI AGAMA BANGSA DAN NEGARA.



 MISI  PSS

MENYEDIAKAN IKLIM PERSEKITARAN YANG KONDUSIF DAN PERKHIDMATAN INFORMASI YANG BERKUALITI BAGI MEMENUHI KEPRLUAN PELANGGAN TERUTAMA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.



 VISI SEKOLAH

MENJADI SEKOLAH TERBILANG MENJELANG 2012


 VISI PSS

MENJADI SUMBER MAKLUMAT DALAM MENGMBANGKAN ILMU PENGETAHUAN DAN TEKNOLOGI DENGAN BERORIENTASIKAN KEPUASAN PELANGGAN


 PIAGAM PELANGGAN

Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong beriltizam akan bertugas dengan penuh dedikasi untuk :-

·         Menyedia dan memperbanyak bahan-bahan sumber sebagai pemangkin proses P & P
·         Mewujudkan tempat dan persekitaran pembelajaran yang kondusif serta dilengkapi dengan teknologi terkini
·         Menawarkan peluang yang maksima kepada warga sekolah bagi menikmati pembelajaran ‘akses kendiri’ secara terkawal
·         Mewujudkan Pusat Sumber Sekolah yang mesra pelanggan dan sentiasa bersedia memberi perkhidmatan terbaik
·         Sentiasa bersedia untuk memanfaatkan kemudahan ICT dan aplikasi teknologi pendidikan terkini dalam sistem PSS





1.8 Matlamat  Pusat Sumber

Pihak yang bertanggungjawab terhadap pembangunan PSS akan berusaha melakukan pelbagai inisiatif yang  relevan dengan hasrat mencapai matlamat seperti berikut :-

            *     Meningkatkan mutu pendidikan di SMK Tendong
            *     Menjadikan sekolah sebagai sebuah koridor raya maklumat dan pusat berfikir kea rah   
                    melahirkan generasi baru yang bestari
            *     Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin
            *     Menjadikan PSS sebagai satu Agensi/Sumber Maklumat yang utama
            *     Menyediakan kemudahan dan bahan yang memadai kepada semua pelajar bagi
                   membuat rujukan dan mengakses maklumat mengikut  keperluan mereka
*    Menjadikan pengoperasian PSS sebagai agen perubahan dan pusat penyelesaian
      masalah yang berdaya maju serta merangsang kecemerlangan pendidikan


1.9 Objektif Pusat Sumber Sekolah

Antara objektif utama Pusat Sumber Sekolah ialah :

·         Membentuk sebuah Pusat Sumber Sekolah yang mampu menjadi pemacu  kepada kecemerlangan Pendidikan dalam konteks cabaran mendatang
·         Meningkatkan mutu pengajaran-pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah pelajar
·         Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan pelbagaqi kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional
·         Pemupukan tabiat belajar berorientasikan input dan bahan pendidikan terkini
·         Membangunkan budaya belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematis
·         Penghasilan bahan-bahan variasi sumber
·         Membantu pelajar dan guru menghasilkan, menilai dan menggunakan pelbagai peralatan dan bahan pengajaran & pembelajaran
·         Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza dalam kalangan pelajar
·         Melatih pelajar menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran
·         Menjadikan pengendalian PSS lebih mantap, terancang dan berkesan
·         Meningkatkan peranan dan fungsi PSS sebagi nadi aktiviti akademik di sekolah


 1.9 Fungsi Dan Peranan PSS


  1. Mengikut Kementerian  Pendidikan Malaysia definisi Pusat Sumber sebagai satu sistem perkhidmatan untuk membolehkan semua  pihak sekolah mencapai matlamat kurikulumnya.

  1. Pusat Sumber merupakan satu punca segala pergerakan dan aktiviti  ke arah melaksanakan kaedah pengajaran yang lebih berkesan.Ia mengumpul,membina,memproses dan mengedar bahan cetak dan bukan  cetak dengan gabungan nilia-nilai kemanusiaan. Ia juga memberikan  perkhidmatan  yang memudahkan penggunaan alatan/bahan dengan perancangan yang sistematik(shaharom & Wan Ab Kadir,1996)

  1. Peranannya sebagai satu system yang menyokong ke arah matlamat pendidikan negara.Ia perlu bergerak dengan pelbagai bahan dan aktiviti ke arah memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran.

  1. Fungsinya sebagai temp[at mengumpul, menghasil,mengorganisasi dan menyebar atau menggunakan maklumat.







Monday, 15 October 2012


        KEMUDAHAN FIZIKAL

                        Infrastruktur Fizikal PSS

            Pada asasnya SMK Tendong mempunyai pelbagi kemudahan fizikal yang bertindak
             sebagai PSS. Dari segi infrastruktur, kemudahan-kemudahan yang disediakan terbahagi
             kepada dua (2) aspek yang utama.
           
                        a.         PSS Induk dengan EMPAT ( 4 ) premis Utama.
                        b.         Koridor-koridor PSS dengan 38 stesen.

             1         PREMIS PUSAT SUMBER INDUK

                        1.         PERPUSTAKAAN
                        2.         BILIK APD
                        3.         BILIK BBM
                        4.         BILIK KOMPUTER

             2         KORIDOR-KORIDOR PUSAT SUMBER

            1.         Bilik Self Acces Learning (SAL)              24.        Unit Peperiksaan
            2.         Mini PSS dan Bilik Darjah                      25.        Mini PSS dalam Bilik Darjah
            3.         Bilik Klinik Matematik                             26.        Pondok Ilmu
            4.         Bilik Studio Seni Visual                          27.        Laluan PPda
            5.         Galeri Wawasan                                    28.        Laluan Ilmu 1 & 2
            6.         Galeri PSS                                            29.        Anjung NILAM
            7.         Auditorium Wawasan PIBG                    30.        Taman Sumber
            8.         Bilik Pengawas                                      31.        Laman Informasi
            9.         Bilik Kaunseling                                     32.        Musalla Al-Falah
            10.        Bilik PIBG                                             33.        Koperasi
            11.        Bilik ERT                                              34.        Siar Raya
            12.        Bilik Kesihatan                                      35.        Koridor NILAM
            13.        Bilik Sukan                                            36.        Taman Bestari
            14.        Bilik Guru                                              37.        Taman Sains Geografi
            15.        Bilik Buku Teks                                     38.        Taman Habitat Semulajadi
            16.        Bilik Iqra’
            17.        Stesen Kaji Cuaca
            18.        Makmal Sains
            19.        Bengkel KHB
            20.        Kafeteria Sri Tendong
            21.        Bilik Jahitan
            22.        Bilik Pendaftaran

           


 
             2..       Kemudahan Perabot dan Alatan

             3.        Kemudahan Koleksi Bahan Cetak

            4.         Kemudahan Bahan Bukan Cetak

            5.         Kemudahan Perkakasan Media Elektronik

   PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI PSS
                                            
     Perkhidmatan-perkhidmatan berikut boleh diperolehi di PSS SMK Tendong.
           
    Perkhidmatan di PSS Induk
                        1.         Perkhidmatan Pinjaman Bahan Sumber PSS
                                    - menggunakan Sistem ’Bar Code’ sepenuhnya
                       
2.         Ruang-ruang bacaan dengan keluasan mencapai kapasiti 10 peratus
                                       bilangan pelajar sekolah ini.
                                    - diasingkan antara kelompok pelajar lelaki dan perempuan
                       
3.         Perkhidmatan Bilik Rujukan untuk pengguna/pengunjung Red Sport
                                    - boleh digunakan untuk perbincangan kumpulan dan rujukan khas.
                                    - bilik ini bersifat kalis suara/bunyi

                        4.         Perkhidmatan Ruang Karel
                                    - pelajar boleh menelaah ADD dan bahan rujukan secara individu

                        5.         Perkhidmatan Penerbitan
                                    - Menghasilkan Buletin PSS
                                    - Menyediakan Sijil NILAM & Pengawas PSS

                        6.         Perkhidmatan Scanning
                                    - perkhidmatan ini dikhaskan untuk guru-guru membuat ‘scan’ bahan P&P

                        7.         Perkhidmatan laminating
                                    - Digunakan untuk menghasilkan Kad PSS, bahan pameran dan lain-lain
                                          berkaitan urusan PSS dan sekolah.

                        8.         Perkhidmatan Rakam Salin
                                    - menyediakan salinan (copy) CD untuk kegunaan pinjaman pelajar
                                    - membantu guru-guru dalam penyediaan salinan CD, khususnya
                                         berkaitan media P&P PPSMI


                        Perkhidmatan di Koridor PSS

                        1.         Perkhidmatan ICT

                                    - terdapat sebuah Makm al Komputer untuk operasi P&P
                                    - di dalam perpustakaan sendiri terdapat 8 buah computer
                                    - semua komputer boleh digunakan untuk melayari internet secara ‘LAN’

                        2.         Perkhidmatan Internet Tanpa Wayar ( LAN )


                                    - Melayari internet boleh dibuat hamper di semua tempat dalam kawasan
                                         sekolah. Keadaan ini sangat membantu guru dan pelajar untuk
                                         mengakses maklumat-maklumat  terkini/mustahak.

                        3.         Perkhidmatan Pameran Berkala

                                    - satu sudut khas berhampiran Perpustakaan disediakan khusus sebagai
                                          tempat panitia mata pelajaran membuat pameran. Pameran dibuat
                                          secara giliran mengikut tarikh dan tempoh yang ditetapkan oleh pihak
                                          Penyelaras PSS.

                        4.         Perkhidmatan TVP ( Astro )

                                    - Kemudahan ini disediakan di dalam Auditorium Wawasan PIBG.
                                    - guru dan pelajar boleh menjalani proses P & P mekanisma TVP Astra
                                          sama ada secara ‘on air’ atau ‘off air.
                                    - CDI juga disediakan dalam perkhidmatan ini.

                        5.         Perkhidmatan ABM, APD
                                    - Kemudahan mengadakan kelas berbantukan bahan/alat yang lengkap
                                         dan mencukupi

                        6.         Perkhidmatan Praktikal Ibadat Haji
                                    - Perkhidmatan ini disediakan di dalam Musalla Al-Falah.
             - Pelajar-pelajar boleh menjalani latihan praktikal contoh amalan
            Mengerjakan haji dan Umrah

7.         Perkhidmatan Ruang Santai
            - Satu ruang di dalam perpustakaan yang dilengkapi dengan meja Jepun 
                untuk aktiviti permbacaan bersantai.