SEJARAH PENUBUHAN PSS
Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan
Tendong merupakan suatu sistem proses pengurusan yang memberi tumpuan kepada
penyediaan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan sumber. Dalam konteks ini Pusat
Sumber sekolah ini menjadi entity subordinate yang bertindak sebagai pemangkin
kepada kecemerlangan pendidikan, sekaligus memperkasakan kualiti modal insan
warga sekolah ini.
Bagi menjamin tanggungjawab teras ini dapat dilaksanakan,
pihak pengurusan Pusat Sumber Sekolah berperanan secara aktif dalam mengurus
sumber seperti guru-guru, kakitangan, pelajar, harta modal dan bahan-bahan
maklumat dan teknologi melalui prosedur dan tindakan yang terancang. Pengurusan
Pusat Sumber Sekolah yang cekap dan sistematik dapat memberi impak perkhidmatan
yang efektif kepada semua pengguna yang terdiri daripada pelajar, guru dan
kakitangan termasuk lain-lain ‘stake holders’.
Pusat
Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong bermula dengan sebuah bilik bacaan
induk dan sebuah bilik APD sahaja. Bilik bacaan induk tersebut hanya
berkeluasan dua buah bilik darjah dan mampu menampung seramai 80 orang pelajar.
Sementara bilik APD pula hanya mempunyai keluasan sebuah bilik darjah dengan
kapasiti 40 orang pelajar.
Bermula pada tahun 1994, PSS Induk mula beroperasi
di bangunan baru. Sementara bilik APD, ABM, Galeri Seni, Klinik Matematik,
bilik SAL dipindahkan tempat operasinya berhampiran PSS induk. Kini PSS induk
dapat menampung 180 orang pelajar dalam satu-satu masa.
Pelbagai kemudahan untuk pemerolehan maklumat
disediakan di PSS induk dan koridor-koridornya. Selain dari bahan cetak
konvensional, PSS turut dilengkapi dengan kemudahan ICT. Untuk memudahkan
pengurusan dan pengendaliannya, PSS induk dihubungkan dengan rangkaian computer
secara ‘local area network’ ( LAN ) dengan koridor-koridornya. Dengan adanya
kemudahan tersebut, capaian internet boleh dibuat di seluruh kawasan sekolah. Sementara
itu, sistem pengautomasian pula telah diguna pakai di sekolah ini mulai tahun
2001.
Penyediaan kemudahan dan perkhidmatan yang berkesan telah
menjadikan PSS Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong sebuah PSS yang cemerlang
dan seterusnya menjadi “ bench mark” kepada sekolah-sekolah sekitarnya. PSS SMK
Tendong sering menerima kunjungan pelawat-pelawat termasuklah Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia iaitu Dato’ Dr Abdul Shukor bin Abdullah pada 17 November 1998 dan Dato’
Abdul Rafie Mahat pada 16 Jun 2002.
PSS SMK Tendong bukan hanya terletak pada pengurusan yang mantap dan berkesan, malah turut didokong oleh kemudahan prasarana yang lengkap dan ceria serta suasana yang kondusif sebagai pemangkin iklim pembelajaran yang berkesan. Selain menerima peruntukan daripada kerajaan dan wang SUWA, kemudahan fizikal PSS turut dipertingkatkan melalui jaringan komuniti seperti ibu bapa, PIBG, JPP, KADA, syarikat-syarikat perniagaan dan pihak NGO. PSS juga turut menerima sumbangan daripada orang perseorangan, tokoh-tokoh koporat dan pemimpin-pemimpin masyarakat
Maka tidak hairanlah apabila PSS SMK Tendong telah muncul
sebagai PSS terbaik dan telah banyak menerima anugerah dari tahun 2001 hingga
2005 melalui pertandingan yang disertai di peringkat kebangsaan, negeri dan
daerah antaranya:-
Peringkat Kebangsaan – menyertai dan mencapai kejayaan di peringkat kebangsaan
antaranya termasuklah :-
- Tempat Ketiga Anugerah Khas PSS
Cemerlang 2004
- Tempat
pertama Juara PSS Cemerlang Kategori Luar Bandar - 2006
Peringkat Negeri – Menyertai dan
mencapai kejayaan di peringkat negeri termasuklah :
- Tempat Ketiga Juara PSS 2001
- Tempat Pertama PSS Cemerlang –
Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar 2002 dan
2003
- Tempat Pertama Sekolah Sebagai
Koridor Raya Maklumat Peringkat Negeri 2002
- Tempat Pertama Juara PSS 2004 dan
2005
Peringkat Daerah – Menyertai dan
mencapai kejayaan dalam semua pertandingan Juara PSS
- Tempat
Pertama Juara PSS 2001 hingga 2008
No comments:
Post a Comment